Halaman Utama

Recent Posts

Wednesday, May 26, 2010

Dilema Jersi


Penantian..pejam celik pejam celik je piala dunia lagi
beberapa hari nak bermula..exited betul!
confirm semua orang ternanti2 saat ini..!
Jadi,semua orang ada pilihan pasukan masing2 kan..??
piala dunia kali ni memang sukar nak tentukan pasukan mana
yang menang..sebab semua pasukan hebat2!
World Cup kali ini aku pilih 3 pasukan yang bagi aku rasanya terbaik kot?..ki3!
England,Portugal & Brazil..

Oleh itu,semua orang semestinya nak dapatkan jersi
pasukan pilihan kan??wajib!hihi..
Sebenarnya,masalah aku sekarang ni pasal jersi lah!
beberapa hari yang lepas,aku pergi pasar borong..
hajat di hati nak survey dan tengok2 jersi pasukan pilihan sebelum nak beli..
yela kan nak beli jersi dekat butik tak mampu..huhu..
murah kalau berkualiti apa salahnya kan?
aku tengok lebih kurang jer butik dengan pasar borong??harga je lain..hak!

masalahnya sekarang mana satu aku nak beli ni?
tiga2 jersi pasukan pilihan aku ni lawa2 semua..
Oleh kerana banyak sangat pilihan,jadi problem pulak..


Jersi England (home)


design jersi ni memang aku suka sebab simple jer..tengok kolar la..hihi..
kononnya nak dapat tuah la tahun ini sebab direka semula yang klasik
punya design jersi tahun yang diorang menang dulu2..
tahun berapa ntah lupa?hak!
player2 yang ada dalam team ni pulak ramai yang aku minat..
Tapi yang jadi masalahnya,warna pulak putih tak sesuai
untuk aku sebab kulit gelap..hahaha!
putih pulak cepat kotor!huhu..
umbro??naa..sebab aku lebih obses dengan adidas..ki3!

fikir dulu nak beli ke tidak..hhmmm..??


Jersi Brazil (away)


Jersi brazil yang ni memang lawa sial..?!
design pulak memang simple jer dengan polca dot punya corak..
nampak macam gemilang jer team diorang ni..ahak!
jersi home warna kuning lagi la aku tak mahu sebab sama dengan baju
fakulti dekat tempat aku belajar..hahaha!dah banyak sangat
baju kuning yang aku ada..lepas tu pulak abang aku pun minat team ni..
adik aku pun minat jugak..kalau dah semua minat team yang sama,
tak seronok la kan nak kutuk2..hihihi!
tak jadi nak beli!ki3!


Jersi Portugal (away)


kali ini pulak,Portugal punya jersi berbeza..tak kosong sangat..
warna yang menarik macam revive punya jenama minuman pun ada?ki3!
padahal,memang dari dulu lagi aku tak pernah beli pun jersi ni!hak!
sebabnya,ada lambang salib..dekat mana?
diorang punya lencana pasukan tu la..
pastu dekat belakang kolar ada lagi satu..
nike??aishh..tak minat jugak nike..ki3!
So,tak jadi jugak nak beli..



adoi..susah betul nak buat pilihan!
kempunan jugak nak dapatkan ketiga2 jersi ni..
beli semua takut membazir pulak..?ki3!
kalau seposen sehelai takpe la jugak..biasa2 pun RM40 lebih gak?
Apa2 pun,nasihat aku pandai2 la buat pilihan sendiri ok..?
dah susah sangat,pakai jer jersi lama..haha!
yang penting semangat makan bola,tidur bola kena ada!ki3!
akhir sekali,selamat berworld cup untuk semua!
yeah!!

p/s:jersi korea pun boleh tahan..tak percaya tengok lah sendiri..


Suka ? Sila Tekan "LIKE" dan Tinggalkan Komen Anda !

No comments:

Post a Comment

::Tiada Kena-Mengena Dengan Yang Hidup Mahupun Yang Telah Meninggal Dunia::
-Terima Kasih Diatas Komen Yang Diberikan-