Halaman Utama

Recent Posts

Tuesday, May 18, 2010

A.M.Y Agro Enterprise


Alhamdulillah..tengok banner ni pun korang dah tau apa kan?nak di shortcut kan citer,ini lah perniagaan baru adik aku yakni saudara kembar aku,adib yahya aka a.m.y..bukan amy search,bukan amy mastura tapi adib@adam@aiman@asraff@aimi@anis..nama adik beradik la ni..hihihi..sebenarnya,ni perniagaan milik papa aku.Tetapi,papa masih lagi mengajar dekat sekolah,2 tahun lagi nak pencen kalau tak silap laa..konpem la kan takde masa nak jaga kedai nih.Kadang-kadang je ada dekat kedai ni.Jadi,adib la yang handle kedai ni.Kebetulan takde kerja tetap lagi lepas tamat pengajian,sambil2 dah takde benda nak buat..dengan automatiknya,dia la tauke kedai nih..hihihi..aku lah kuli dia sepenuh masa.Elok la jugak sementara cuti semester selama 2 bulan ni,ada jugak benda yang aku boleh buat daripada 'memberuk' je dekat umah.Gaji pun dapat?!huhu..

Ok,objektif kedai ni ialah sepertimana yang korang lihat dekat banner dalam gambar tu,kami menjual dan membekal makanan haiwan ternakan @ dedak aka dedok..ki3!Disamping itu juga,kami menjual binatang peliharaan yang biasa2 seperti ayam,itik,ikan,burung dan lain2..bergantung kepada permintaan pelanggan la.Kalau ada jer tempahan binatang dari pelanggan,baru kami order.Susah tau,nanti nak kasi menatang ni makan,nak cuci tahik,nak kasi air..agak leceh di situ.Sebelum ni kami pernah'dilipat'(ditipu) pelanggan!sebab apa?mula2 diorang buat panggilan hangit bagitau nak tempah ayam 40 ekor..lepas tu tak datang ambik..sape tak bengang kan?Ruginya kami la..diorang yang melipat tu dikira beruntung dh sebab kami tak minta bayaran 'cekeghe'(deposit) sesen pun..lebih menyakitkan hati,nak jaga makan minum berak menatang tu pulak satu hal!terusik kami punya dedak yang nak di jual..klu tak datang ambik jugak,terpaksa la tunggu orang datang beli..tu pun nasib kalau ada orang beli,kecik ke besar sama je harga menatang ni..kalau tak beli??Tetapi itu perkara biasa dalam perniagaan.Relax jer..huhu..lepas ni kena lebih berhati2.

Perniagaan beroperasi bermula dari jam 9.00pg hingga 7.00ptg..lokasi dekat Kota Jembal@Kedai Lalat,Kota Bharu Kelantan..yang tak kenal tu buat2 kenal la yer?hihi..perniagaan ni baru sahaja dijalankan sejak 4 bulan yang lepas.Harap2 la dapat di teruskan sampai bila2 selagi tak bankrup..hihi..mintak jauh la.Amin..apa2 pun tengah biasakan diri dengan bau2 yang kurang enak,habuk2 dedak,tahi2 menatang dan macam2..kalau ada terasa nak bela binatang biasa2 ni,jangan segan untuk datang ke kedai kami yer?ok berikut ialah gambar candid untuk tontonan anda tentang perniagaan yang kami jalankan..layan~


Bergambar bersama tauke kedai Adib Yahya..mana satu??teka la sendiri..=P


Pelbagai jenis makanan haiwan@dedak aka 'dedok' yang dijual..kira guni ada,kira kilo pun ada.


Juga menjual aksesori seperti bekas makanan,bekas air,sarang burung,perangkap puyuh dan ubat-ubatan.


Haiwan ternakan yang biasa di jual .

Suka ? Sila Tekan "LIKE" dan Tinggalkan Komen Anda !

No comments:

Post a Comment

::Tiada Kena-Mengena Dengan Yang Hidup Mahupun Yang Telah Meninggal Dunia::
-Terima Kasih Diatas Komen Yang Diberikan-