Halaman Utama

Recent Posts

Thursday, August 25, 2011

::Betapa Pentingnya...::

Salam . apa khabar semua ? puasa Ok tak ? sabar2 tinggal beberapa hari je lagi . Tapi tak bermakna gua tak suka puasa kan . ada ke yang tak suka puasa ? nauzubillah . huhuhu . elakkan dengan menganggap puasa ni satu bebanan bagi anda! seronok apa bulan puasa ni ? sebaik2 daripada 1000 bulan ? ! haaa . . jangan nak ingat puasa , mencekik , boros jer sambil2 tu banyakkan lah beramal . buat sekadar mampu yer . janganla pulak benda yang tak biasa korang buat korang try nanti jadi tak ikhlas pulak . fikir2kan lah . Ok lah , gua bukan nak bersyarah pun kan ( sebab bukan ada nak membaca pun ) . hihihi .


Jadi , huraian untuk tajuk besar di atas adalah ? haa . takde kaitan pasal tema kita untuk bulan ini ( info , fakta , takzirah , tips bla . bla . bla di bulan ramadhan ) sebab gua pasti semua orang dah baca benda sama jer bulan ini . betul ? hihihi . nak try lari tajuk sikit . tapi takde la best sangat kot tentang tajuk hari ini . CITA-CITA ! tak menarik pun kan ? hehehe . tapi di situ lah silapnya kalau korang tak membaca sampai abis citer gua ni . sampai bila2 pun korang takkan tahu . sebab gua teringin nak berentri tajuk ni sebab dari semalam lagi gua duk dengar ayat 'cita-cita' ni dekat tv ! kerap gak gua mendengarnya . Lepas tu gua terlintas rancangan apa ke benda ntah tahun lepas pasal ceramah dalam tv gak la tentang penetapan cita2 ni . ( gua dengar ceramah ? ) hihihi , gua nak citer balik dengan detail pun gua pun tak ingat sangat sebab banyak step ! tapi memang best sangat brother tu ceramah ! sampai terfikir sorang2 'yer tak yer jugak ea ?' .

Nak di ringkaskan cerita ( walaupun dah nak berjuntai ayat2 ni ) hihihi . yela kecik2 dulu korang semua mesti ada cita2 kan ? sekolah rendah dulu2 dalam kelas leceh betul kena tanya dengan cikgu pasal cita2 korang . tu sorang ? kena subjek korang 6-7 ? darab la berapa soalan sama yang di tanya . hihihi . mulalah berlagak kan ? nak jadi tu la ni lah kan . yang tukar2 cita2 pun ada ? hihihi . benda kecik jer , small matter . . tapi ia sangat penting sebab cita2 lah penentu masa depan kita ! Setiap orang mempunyai cita-cita iaitu satu keinginan yang kuat dalam diri seseorang . Perasaan ini bersemadi dalam sanubari . Salah satu kepentingan cita-cita ialah cita-cita menentukan hala tuju . Cita-cita membolehkan kita menggunakan tenaga , masa , dan hidup kita dengan baik . Cita-cita juga manjadi panduan dalam hidup kita .

Apabila bercita-cita yang tinggi dan besar akan mendorong seseorang untuk berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh . Cita-cita menjadikan seseorang lebih kreatif untuk mencapai impiannya. Tanpa cita-cita , seseorang itu akan hidup seperti kapal yang terumbang-ambing . Mereka juga mudah dipengaruhi gejala negatif . Hidup mareka akan menjadi tidak keruan . Jelaslah bahawa cita-cita penting demi kesejahteraan hidup kita . Tanpa cita-cita hidup akan menjadi sia-sia . korang perasan tak point di situ ? benda ni tak akan jadi terus ia akan nampak sikit2 lu punya bentuk cita2 lu . Jadi , bila masa yang sesuai untuk menanam cita2 ? ? sejak kecil lagi laa . ( masalahnya gua dah besar panjang ni ? ) praktik la untuk adik2 @ anak2 lu kawen nanti ! ok ni jer dari gua ! babai~

P/s: bila difikirkan balik , gua dulu kecik2 cita2 nak jadi pelukis dan guru . ( 2 sekali ! hahaha . ataupun cikgu p. seni kot ? ) alhamdulillah akhirnya dapat sambung belajar dekat Upsi . tapi lari sikittttt jer . huhuhu . ( 'cikgu' tu dah ada dah kot ) . bukan nak berlagak , semua ini tidak pernah di jangka dari awal . syukur~ LU ? ? ?

Suka ? Sila Tekan "LIKE" dan Tinggalkan Komen Anda !

No comments:

Post a Comment

::Tiada Kena-Mengena Dengan Yang Hidup Mahupun Yang Telah Meninggal Dunia::
-Terima Kasih Diatas Komen Yang Diberikan-