Halaman Utama

Recent Posts

Wednesday, August 31, 2011

::Musibah Di pagi Raya::

hohoho . . selamat hari raya semua ! seronok beraya yer ? penat betul . dah 2 hari raya ni gua asyik tidur awal jer . bagus betul . hari ini raya ke-3 umah gua ada buat open house . khas untuk saudara-mara terdekat . dah memang macam ni tiap2 tahun kan . jiran2 , rakan2 juga dijemput hadir . ( kalau ada yg sudi la tak paksa pun ) hihihi . tapi di sebalik keceriaan di hari raya , ada pulak benda yg tak berapa nak suka sangat menimpa gua . hadoiii . . ( benda nak jadi ) .


di pagi raya yg indah gua dengan dgn member gua kemalangan . ntah la betul ke tak gua nak labelkan kemalangan ni . hahaha ! ni semua gara2 nak tengok barcalona punya game , gua sampai hospital . kt FB kecoh member2 gua duk tanya apa kes selepas gambar ini di upload . yg tertanya2 tu takpe la gak ni ada pulak yg duk tuduh bukan2 cakap gua merempit di pagi raya la , main mercun la , padan muka la apa lah . bukan nak doakan biar gua cepat sembuh ke tak ? haih . . hihihi . gua sengaja jer tak nak citer dalam FB tu sebab kalau boleh gua nak biar ramai kawan2 datang umah melawat dan tanya khabar . boleh duit raya nanti . hahaha ! bijak tak ?

Jadi , di sebabkan oleh kemalangan tu gua dapat 3 jahitan kt kepala lutut gua yg keras ni . hihihi . kenapa tak nya , retak seribu lampu belakang honda civic ooo ? ! nak citer ke ? malu lah . ok3 , gua citer ! malam kejadian , gua bersama Emmet menaiki moto berhasrat menonton bola pukul 3 pagi dan gua pemboncengnya . tiba2 ntah macamana la dua2 terpandang member gua si Faiz yang sedang kerja kat car wash tepi jalan lantas memanggil-manggil tanpa menghiraukan moto yang sedang menukar arahnya menghala ke kiri jalan . tiba2 , DUSH ! ! hahaha ! hampir terbalik moto tu depan orang ramai . malu oooo . . nasib baik gua sempat terjun dari moto tu dan member gua sempat menahan moto tu dari terbalik .

Alhamdulillah , dua2 takde apa2 . cuma gua sedang risau nih , kereta siapa yg di langgar ? kereta awek ke ? @ gengster ? model apakah kereta tu ? mahal ke ? " abis la kita met ! apa nak jawab ni ? " dah la tuan punya moto takde lesen , moto lampu pun takde . hihihi . rupa2nya si faiz tadi punya kereta ? ! hahaha . punya la lega gua ! bayangkan kalau member gua langgar mercedes ? evo ? skyline ? hahaha . check punya check , bumper tertanggal dan lampu belakang retak . OK deal ! tiba2 gua terasa pelik jer dekat kepala lutut gua ni . rasa sesuatu sedang meleleh , sengal2 dan pedih2 . " hadoi , lutut aku ! ! " berdarah , terbelah=wad kecemasan hospital USM ! * hampir pengsan . dalam wad tu tak yah citer lah , punya la sakit cucuk sana cucuk sini sehingga selesai menjahit ( takbir raya punya background muzik ) sebak di dada . huhu . punya la penat puasa sebulan , solat sunat hari raya duduk umah jer . huhuhu . Ok kat sini jer dari gua . babai~

P/s: punya la hairan terlanggar bumper je tapi kenapa retak lampu belakang ? rupa2nya kena kepala lutut gua ? ( ntah gua tak perasan la ? ) tau2 jer lompat dari moto . hahaha ! nasib bek tak retak kepala lutut gua ni , kalau tak beraya la kt hospital . memang betul la orang ckp klu excident dengan moto mesti pembonceng yg teruk . huhuhu . alhamdulilah gua boleh beraya lagi . hihihi . ops silap , bukan excident ni , korang nilai la sendiri malu den . huhuhu .

Suka ? Sila Tekan "LIKE" dan Tinggalkan Komen Anda !

1 comment:

Anonymous said...

malang xberbau..
cepat baik ye ..

Post a Comment

::Tiada Kena-Mengena Dengan Yang Hidup Mahupun Yang Telah Meninggal Dunia::
-Terima Kasih Diatas Komen Yang Diberikan-