Halaman Utama

Recent Posts

Sunday, August 14, 2011

::Kelebihan Ayat Al-Quran Part 1::


Salam ramadhan . hari ni takde apa yg gua citer . cuma gua nak share benda dengan korang semua . ada baiknya juga di bulan ramadhan ni kita berkongsi ilmu kan . pagi2 ni takde nak buat apa boleh jugak tambah2 pahala . hihii . bosan2 tadi gua ada la duk baca2 cikit pasal takzirah ramadhan . banyak rupanya yang gua baru tahu . hmm . selain itu gua tertarik dengan salah satu artikel ni . kelebihan ayat kursi . teringin jugak nak kongsi dengan korang semua apa yang gua ah baca stengah jam tadi . jom luangkan masa sekejap untuk baca ! bismillahirahmanirahim .

Ayat kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah . Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya . Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. . dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu , setiap pagi dan petang , setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir , InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia , binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak , harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t .

Mengikut keterangan dari kita b "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah , dimurahkan rezekinya , dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah . Syeikh Abu Abbas ada menerangkan , siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya , InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud :

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

" Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat , kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat , Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar . "
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad . Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga , dengan izin Allah , akan terhindar daripada pencerobohan pencuri . Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah . Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang di baca dengan penuh khusyuk , Insya-Allah , boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali , insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin . Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain . Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang , tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut , dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur , Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya , rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya . Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sem bahyang Fardhu , Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar , pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat . Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya , maka Allah mengutuskan 70,000 Mala ikat kepadanya , mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya . Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid . Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bbin ' Amr r. a... , Rasullullah s.. a. w. b ersabda ,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

p/s : ikuti artikel yang lebih menarik dari gua tentang kelebihan-kelebihan ayat suci al-Quran . ( anak sapaaa ni yer ? ? ) hihihihi .

Suka ? Sila Tekan "LIKE" dan Tinggalkan Komen Anda !

No comments:

Post a Comment

::Tiada Kena-Mengena Dengan Yang Hidup Mahupun Yang Telah Meninggal Dunia::
-Terima Kasih Diatas Komen Yang Diberikan-