Halaman Utama

Recent Posts

Tuesday, August 2, 2011

:: dah abis daaa ::

Salam , apa kabar semua ? camne puasa ok ? alhamdulillah berjalan lancar
hendaknya yer . bosam ! gua baru je balik dari kedai lepak2 kt cherang tadi .
punya la ramai orang kt sana ! makan rojak jer sampai nak tunggu2 orang blah nak dapatkan kerusi meja . takpe apa-apa hal kita trawih dulu . baru senang jer hati ni nak buat apa2 kan . bosan jer apa lagi kan berblogger laa . .



Malam ni takde apa kot gua nak citer . semalam gua tengok movie Harry Potter yang part 2 . ( citer dh lama keluar bodo kan baru tengok ? ) hihi ! tempat gua ni takde wayang . nak tengok on the spot tarikh keluar movie tuh memang tak pernah la kan . citer ni pun gua mintak dengan member gua . gambar gelap jer dah tu pulak layan dalam gelap ! cam bapak gua dah rasa rabun2 gitu . mata yg bulat terus sepet ! bajet tengok dalam panggung ? haha ! takpe janji movie ni gua suka ! gua suka tau tengok movie nih dari episod pertama lagi sejak 3 orang budak ni kecik lagi . cute jer tambah2 heroin gua tu cun ! hihihi . ok la dari cite terengpomer 3 yg ntah apa2 tuh kan . kejap jadik kete kejap jadik robot . pening kepala gua tengok ! grafik ? tak payah cakap memang A la kan . gua nanti2 kan gak citer tuh tapi . . ( yg gambar A punya la ) hihihi .

Dengan episod terakhir ni , Harry Potter and The deathly Hallow part 2 maka tamat sudah episod sihir dari siri novel J.K Rowling nih . wahhh ! gua pun terfikir gak macamna la penulis ni boleh jumpa idea nak citer benda2 nih . dengan wataknya , jalan citernya kan . lepas tuh bagus pulak ada pengarah filem yg sudi nak adaptasi kisah novel ni kepada movie ! hmm . tapi masalah gak untuk gua faham citer ni sebab dah tak ingat episod yg lepas . Jadi , kena la tengok balik citer ni sebab ada la gak kena-mengena dgn episod yg lepas2 .

Setelah di translate menggunakan google translate , di view balik sinopsis episod yg lepas barula gua faham untuk episod terakhir ni . puas rasanya kalau dah satu benda tu kita memahaminya dgn baik . hahaha ! ( campur dgn bahasa indon pulak nak pecah umbun kepala gua nih ! ) hahaha ! yg sengaja gua taip yg dah memang gua paham maksudnya pun kadang2 mengarut gak . bodo betul lah . agaknya betul la tuh bahasa diorang . hihihi . sinopsis utk citer ni bermula apabila Voldermort memiliki Ranting Kayu Sulung atau Elder Wand di mana ia paling berkuasa sekali apabila terkena sumpahan 'erecto' oleh Elder wand ni seseorang itu boleh menjadi ereksi . menatang apa ereksi ni ? hihihi . Elder Wand juga adalah merupakan salah satu item Deathly Hallows . Deathly Hallows ni dibentuk oleh 3 item, satu yg gua sebut tadi , lagi dua adalah Jubah Halimun (Cloax of Invisibility) dan Horcruxes. Ketiga-tiga items ni lah yg membentuk Deathly Hallows .

Horcruxes pulak ada banyak bentuk , salah dua dalam HP7II adalah ular sawa yang bernama Nagini . Harry Potter pun salah satu horcruxes yg tercipta indirectly apabila Voldemolt lawan dgn mak bapak Harry Potter tuh . Oleh itu , bermulalah pencarian Hoxcruxes selebihnya oleh Harry Potter , Hermione Granger ( awek cun ) dan Ron Weasley ( pakwe hamprak ! ) hahaha ! menatang Voldermort pun cari gk benda Horcruxes tuh . yela kan nak jadi power , tamak dan tak reti bersyukur kejam ! gua pun nak ?( nak yg power jer ) hihihi . Sebab utama Harry Potter mencari Horcruxes sebelum Voldermolt jumpa dulu adalah taknak bg Voldemolt ni berkuasa la ( campur dgn bajet femes ) sebab salah seorang drpd mereka dah memiliki satu dari pada item Deathly Hallow . Harry = Cloax of Invisibility, Voldemolt = Elder Wand . faham ? ?

Banyak konflik berlaku . yela kan dh episod akhir pun ! nk menuju klimak mestila banyak adegan hebat berlaku . part yg paling meremangkan bulu kat badan gua ni adalah part rakan2 Harry Potter dekat Hogwarts tu sama-sama defend tolong HP sambil melancarkan counter attack dari serangan bala tentera Voldermolt . ( macam Malaysia vs Singaporah ) . hahaha ! paling sedih campur dgn geram masa kemusnahan Hogwarts apabila diserang oleh bala tentera Voldemolt . sial la menatang apa diorang team Voldermort bawak masa nak serang . siap boleh terbang asap hitam lg . senang jer diorang masuk . hihihi .

Banyak adegan lain berlaku . salah satunya part HP dan 2 individu lain menunggang naga tanpa rasa bersalah selepas mencuri masuk bank untuk mendapatkan horcruxes berbentuk piala . dan part yg last sekali perlawanan kalah mati Voldemort dgn Harry Potter yg berkesudahan dgn terhapusnya Voldemort menjadi abu yg berterbangan di udara . hahaha ! ( mula2 terkejut gak Harry Potter mati dulu di tangan Voldemort ) tiba2 hidup balik ! ! (>.<) Ending ? ? haaa . . 19 tahun kemudian Harry Potter dah kahwin dan mempunyai 3 orang anak daa . tapi bukan kahwin dgn awek cun ( Hermione Granger ) heroin yg gua bajet dari awal episod lagi ! demm ! geram betul . hihihi ! dah jalan cerita di takdirkan macam tuh . cukuplah sekadar hiburan utk gua menonton di masa-masa yg terluang dan membosamkan nih .

Apa-apapun seronok dapat tengok citer ni . walaupun dpt yg kualiti tidak berapa baik .
tak kisah la janji paham apa yg citer tu nak sampaikan . gua rasa citer tu bersambung
lagi agaknya tapi kali nih konflik2 anak-beranak diorang la pulak . James Potter ( anak sulung ) HP . hahaha ! generasi kedua HP . Ok lah kt sini jela entri gua ari ni . babai ~
( sharp dgn waktu bersahur ! haha ) .

p/s : gua ada la duk tengok2 gambar HP yg sesuai utk di selitkan dlm entri .
tiba-tiba gua jumpa gambar nih ! apa ke bangang bajet hensem dr HP ke ?
haha !




Suka ? Sila Tekan "LIKE" dan Tinggalkan Komen Anda !

No comments:

Post a Comment

::Tiada Kena-Mengena Dengan Yang Hidup Mahupun Yang Telah Meninggal Dunia::
-Terima Kasih Diatas Komen Yang Diberikan-