Halaman Utama

Recent Posts

Wednesday, August 3, 2011

::Puasa Vs Raya::


Makan ketupat dengan lodeh
Banyak santan berbuih-buih
Berbuka puasa jangan berlebih
nanti tak larat pergi Terawih

Bila nak raya tersa suka
Sukanya hati tidak terkira
Usah mengumpat usah mengata
Puasa dibuat sia-sia belaka

Buat biskut berpeti-peti
Rasanya letih tidak terperi
Jangan reka bom sendiri
Tak menjadi yang hilang jari

Berhati-hati di jalan raya
Agar takde yang hilang nyawa
tak usah beradu siapa yang terror
nanti dapat rumah bertiang dua

Balik kampung bersuka ria
Untuk bertemu sanak saudara
Berbelanja sampai tak ingat dunia
Lepas raya melopong di tangga

Bulan Ramadhan kita berpuasa
Syawal tiba kita beraya
jangan membazir bila beraya
banyak bersedekah ada baiknya

Habis duit pening kepala
Pasal raya siap sedia
Lepas raya bagai nak gila
pajak gadai teman setia . .

p/s: entah sape punya aku jumpa nih . pantun ni menarik jerr . hihihi . yg penting ia ada kena mengena dgn kehidupan kt sepanjang ramadhan & syawal ni . sama2 kita hayati .
Suka ? Sila Tekan "LIKE" dan Tinggalkan Komen Anda !

No comments:

Post a Comment

::Tiada Kena-Mengena Dengan Yang Hidup Mahupun Yang Telah Meninggal Dunia::
-Terima Kasih Diatas Komen Yang Diberikan-