Halaman Utama

Recent Posts

Saturday, August 20, 2011

::Kenapa Yer??::


Salam semua . wahhh cukup 20 hari kita semua berpuasa ! cepat betul la masa berlalu kan . Malam ni gua takde apa kot nak citer . cuma gua tertanya-tanya jer . yelah puasa tinggal dalam 10 hari jer lagi . Sepertimana yang lain-lain confirm tak sabar nak berhari raya kan . Tapi gua ? ? ? hilang mood nak raya . tak tahu lah kenapa . rasa macam biasa2 je . setiap tahun jer mood nak raya semakin hilang dan hilang . ( seronok tu seronok sementara nak tunggu puasa habis ni ) hihihi .

Gua rasa tahun ni sebab puasa kat kampung kot ? takde feel . hihihi . ( ngada-ngada betul ! sebelum ni bukan main seronok citer dapat puasa sebulan kat kampung . ) hihihi . yela sebelum ni 2 tahun puasa dekat kolej . memang la best kan sebab kita di perantauan mestilah akhir2 puasa kesabaran tu sentiasa jer tercabar . berebut2 nak beli tiket bas balik kampung . nak cari baju raya lagi la , nak jumpa member2 puasa kat luar sama2 . Tapi , tahun ni ? BIASA jer .

Salah satu faktornya tahun ni gua tak beli baju melayu untuk raya ! gua pakai yang tahun lepas jer . huhuhu . ( baju raya yang jeans dan t-shirt jer gua beli ) selalunya sakan la jugak kan . Ada baiknya jugak sebab dapat mengurangkan pembaziran . ceyyyy . hahaha ! Harap2 korang pun berpada-pada la jugak macam gua . yela memang raya tu setahun sekali . Tapi ingat2 jugak mereka yang kurang bernasib baik dan juga mereka yang telah pun meninggal dunia itu lebih afdal . betul tak ? ( macam ustaz la pulak ) hehehe .


Untuk itu , gua nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri . Maaf zahir dan batin kepada semua rakan2 blogger dan lain-lain . Hati-hati di jalan raya kepada mereka yang akan memandu pulang ke kampung dan jangan main mercun ! Ingat orang yang tersayang . OK lah kat sini je dari gua . babai~

P/s: Tahun ni gua beraya 3 orang adik beradik jer ( termasuk mama dan papa gua ) . 3 orang lagi dah ada family sendiri ( tak dapat beraya bersama ) termasuk juga yang tidak dapat pulang beraya atas urusan kerja . =(

Suka ? Sila Tekan "LIKE" dan Tinggalkan Komen Anda !

3 comments:

Anonymous said...

Selamat hari raya dammmmmm :) Tahun neh jom buka puasa same2 aku blek 27 neh hehehe :)

{[[ D.a.r.E ]]} said...

@CikCarah:jom3 ! cepatlah balikkkkkkkkk . . ^^

Anonymous said...

da besar ni.. (besar la sgt)
raye da x macam dulu..
he he he..
ni mesti sbb duit raye da makin sikit..

Post a Comment

::Tiada Kena-Mengena Dengan Yang Hidup Mahupun Yang Telah Meninggal Dunia::
-Terima Kasih Diatas Komen Yang Diberikan-