Halaman Utama

Recent Posts

Saturday, August 6, 2011

::Serangan Pocong!(Kisah Benar)::

Salam . buat apa jer korang ? ( Ok ! tak nak campur saje je tanya ) hihihi . pembuka bicara sebelum meneruskan entri untuk malam ni . Korang mesti tak sabar kan ? Cerita2 hantu ni gua sendiri seronok mendengar apatah lagi bercerita . hihihi . ( apa2 pun gua mintak jauh dr benda2 nih ! ) hihihi . Tajuk untuk entri ni pulak yg tak biasa korang dengar kan ? Pocong ? ( biar betul mamat ni ? ) makhluk berbungkus kain kafan . haaa . . teruskan membaca kalau korang nak tau betul ke tak kisah ni . Peristiwa yg di alami gua bersama 3 individu lain tiga tahun yang lalu . Lokasi di rumah kediaman kayu bercampurkan konkrit lama ( tak didedahkan dengan terperinci ) . Apa2 pun kredit untuk Suhada Wahab member blogger yg gua baru jer kenal lewat pagi semalam . Datang idea ni apabila gua terbaca entri beliau tentang 'kerak' . Klik la situ kalau nak baca . Tapi janji lepas korang baca kisah gua dulu Ok ? hihihi . ( believe it or not ? it up to you ) huhuhu . Sebelum tuu nah . . letak gambar dulu . eeee . . ^^



Seram gua tengok . hihihi . Ini la dia rupa pocong .


Tak mahu panjang2 kan citer kita straight to the point ok ? hihihi . ( belum nak citer lagi bulu2 kt badan ni rasa lain macam ! ) hihihi . OK , peristiwa ni berlaku pada malam hari ketika kami berempat sedang lena di ulik mimpi . sebelum tu , gua nak kasi tau dulu yg rumah tu kami duduk masa belajar F6 dulu . ( kononnya anggap mcn 'rumah sewa' la nak study malam2 sama2 ) hihihi . Rumah sebelum ini milik keluarga salah seorang drp kami berempat yg telah ditinggalkan selepas ibubapa beliau bercerai dan rumah tu ditinggalkan kosong ! Jadi , kitorang membuat keputusan utk jadikan rumah itu sebagai 'rumah sewa' utk kitorang study sehingga exam Stpm tamat . ( drpd takde orang duduk kan ) Tidur , makan , mandi semua kt situ . Hari minggu kitorang balik la umah masing2 . ( belajor la sangat kan ? hihihi . Tapi alhamdulillah masing2 dpt sambung belajar ) . Rumah tu pun agak menyeramkan jugak la kan sebab rumah itu hampir di tutupi pokok buluh yg besar di bahagian belakang rumah ( dapur ) sehingga ke hadapan rumah ! Bayangkan camne ? hihihi . dan kawasan rumah itu sedikit rendah kerana dulu tapak rumah itu adalah lembah . ( kalau hujan lebat confirm banjir hampir ke pinggang ) .

Pada malam itu , lebih kurang pukul 2-3 pagi kitorang di kejutkan dengan satu bunyi yg sangat kuat dari atas bumbung ! ( mula2 tu buat tak kisah jer sebab bunyi itu satu kebiasaan kepada kitorang yg selalu didengari yg disebabkan oleh pokok buluh yg menjalar dan ia berbunyi apabila ditolak angin ) . Tapi , bunyi itu semakin lama semakin kuat malah tidak seperti yg kebiasaan yg didengari . Ia seperti di timpa sesuatu benda yg besar dan berat ! " dum ! dum ! dum ! " . Waktu tu , semua orang sedar kecuali gua ! hahaha ! Syok di ulik mimpi maaa . . tapi gua masih sedar akan bunyi itu . ( buat dont know jelaaaa . . ) . Bunyi tu masih lagi kedengaran sehingga menarik perhatian yg lain untuk bangun dari tidur dan terus mengenalpasti apa benda sebenarnya berlaku . Bunyi itu berlarutan lagi . Kali ini pula dengan bunyi seperti sesuatu yg kuat jatuh dari atas bumbung kemudian bergolek-golek jatuh ke tanah dari kiri ke kanan bumbung ! Bunyi ini terus berulang dengan beberapa kali . Semua orang terdiam kaku sambil mulut ternganga memandang ke atas syiling . ( masing2 berbisik antara satu sama lain dan bertanya apa yg berlaku ) .

individu 1 ( tuan rumah ) : john , apa benda tu ? lain macam jer bunyi ?
individu 2 ( john ) : ntah la jo ? aku pun pelik ni . . ni bukan bunyi buluh ni . .
individu 3 ( abg tuan rumah ): shhhh . . jgn la bising ? !
individu 4 ( gua ) : krohhhh . . krohhh . .
individu 2 ( john ) : takpe2 korang duk diam kt sini aku pergi tengok .
individu 1 ( tuan rumah ) : haih , tak payah la john . musang kot malam2 ni .
individu 4 ( john ) : takpe aku jenguk slow2 ikut pintu ni .
individu 1 ( tuan rumah ) : suka ati kau la john . apa2 bagitahu la kitorang .

Bunyi ni berlarutan sehingga la salah seorang drp kitorang memberanikan diri untuk melihat sendiri apakah benda yg jatuh dari bumbung dan bergolek jatuh ke tanah di tepi rumah iaitu di tempat teduhan kereta tuh . Alangkah terkejutnya si john ni apabila beliau telah melihat satu lembaga putih berupa pocong sedang merenung tajam ke arah beliau ! Tapi si john tidak berganjak malah terus membalas tenungan itu di celahan bukaan pintu sambil melutut . Dialog antara mereka di teruskan lagi .

individu 1 ( tuan rumah ) : psss . . john ? pss . . john weh ? apa benda john ? ?
individu 4 ( john ) : ( tergagap-gagap ) aa . . takde apa takde apa . . tidur lah .
individu 1 ( tuan rumah ) : ( tersenyum ) apa dia john ? ko ckp tak jelas laaa .
individu 4 ( john ) : tak de apa lah ! pergi la tidur . ( muka pucat ) .

Kemudian si john menyambung semula apa yg di lihat . Dalam beberapa minit selepas sesi soal jawab , si john mendapati yg pocong itu tiba2 ghaib dengan perlahan2 dan bergerak ke sebatang pohon machang yg besar tak jauh dari pagar rumah menghadap pintu rumah tadi lalu hilang ! Si john terdiam sebentar dan malam itu juga semua orang terjaga sebelum terlelap . Si john tidak banyak bercakap apabila di tanya apatah lagi gua yg terus kaku di buai mimpi . hihihi . Keesokkan paginya riuh antara kitorang menceritakan kejadian semalam . Si john telah pulang ke rumah dan didapati demam mengejut ! kesian john . ( si john ni berani gak orangnya ) hihihi . Kalau gua la memang standby je dalam umah . Dengar jer and bersedia dengan kemungkinan yg akan berlaku . Memang seram ! tak tau lah benda tu memang ada kt pohon machang tu lg atau tak . gua pun risau kalau2 benda tu keluar balik . tapi semua orang buat dont know jela lepas peristiwa malam tu . ( rumah tu tandas duk luar rumah ) nasib baik bukan kt tepi rumah . hihihi . Sumber di dapati lepas peristiwa malam tu , kitorang diserang pocong yg sesat ! rumah itu yg di singgah . tak tau la pocong nak gi mana sebenarnya . kot2 menatang tu nak tnya jalan ker ngan kitorang . hihihi .

Terkejut tak ? gua pun still tak percaya rupanya2 benda yg duk jatuh dan tergolek atas bumbung adalah pocong ? Memang kuat gila bunyi nasib baik tak pecah bumbung tu ! menurut si john , keadaan pocong yg dilihat tu agak kotor seperti kain putih terkena tanah . Fizikalnya juga sangat besar tidak seperti manusia biasa . Wajahnya pulak tidak jelas kerana gelap malam . ( tapi nasib bek gua tidur malam tu ) kalau tak mesti menggelabah punya ! hihihi . Percaya atau tidak ? Terpulang pada korang . gua just nak kongsi jer OK . ini sahaja drp gua . selamat berpuasa semua . babai . Sekian~

P/s: Kediaman rumah ini sebenarnya memang 'panas' . Tuan rumah sendiri pun banyak menceritakan kepada gua kejadian2 dikacau benda2 halus sebelum2 ini . ( hantu budak mata merah , lembaga hitam , hantu raya dll ) . ( dialog yg ditulis itu lebih kurang camtu la sebab gua pun tak berapa ingat dah . hihihi ) apa2 pun gua sentiasa rindu akan 'rumah sewa' tu . best dan banyak sangat kenangan waktu2 belajar dulu . huhuhu .




Suka ? Sila Tekan "LIKE" dan Tinggalkan Komen Anda !

8 comments:

Anonymous said...

ahahahhah nmpk gayanya kito ni sepesen la kottt...suke cite2 cam gini...mujur awk xnpok deh..:D haish..nauzubillahhH!!

Orang Kita said...

errrr,,, meremang blu tengkuk bca nie der~~~

Tuan Hijau said...

pergh seram jugak..
mai baca kisah aku pulak...
http://angahshark.blogspot.com/2011/07/pengalaman-di-malam-hari.html

{[[ D.a.r.E ]]} said...

suhada : sayo so cito ni jah . xdok pngalaman berterusan supo awok . hihihi . holah mujur la sayo jenero time tuh . mjur jgk dio dk luar umoh bkn dlm bilik supo awok . hahaha

{[[ D.a.r.E ]]} said...

Popoi : seram kan ? gua pun jeling2 belakang gk nak abiskan entri ni td . hihihi .

{[[ D.a.r.E ]]} said...

angah : TQ . ok nak baca nih !

Anonymous said...

punye bagus..
aku bace mende niyh pukul 2.30 pagi..
nasib bek bulan ramadhan..
(aku de le penakot)
ha ha ha...

{[[ D.a.r.E ]]} said...

Imah:hahaha . laaa baru syok layan kan ? baca siang hari Takde feel ? ! bulan puasa sape ckp takde hantu ? ^^

Post a Comment

::Tiada Kena-Mengena Dengan Yang Hidup Mahupun Yang Telah Meninggal Dunia::
-Terima Kasih Diatas Komen Yang Diberikan-